RSS

Kalam Shufi ( refleksi renungan kejiwaan )


Erti Makna I S L A M
( Kalam Syeikh Al Imam Al Nafri qaddasallaahu sirrahu )
*****************************************************************
Allaah berseru kepada hamba-Nya …
*** Hendaklah engkau menyerah kepada-KU dengan sepenuh hatimu …
dan menyerah kepada perantara-perantara dengan tubuhmu …
supaya engkau bersama-KU dengan kemahuan kerasmu …
dan bersama dengan selain-KU dengan akal budimu … ***

*** Maka hendaklah engkau senantiasa
menghimpun kemahuan kerasmu atas-KU
supaya tiada lagi bahagian bagi selain-KU terhadap dirimu
kecuali hanya kehadiranmu bersamanya
hanya dengan akal budimu sahaja ***

*** Maka janganlah engkau berdukacita
atas kesempatan yang luput daripadamu …
dan jangan engkau bersukaria
atas kurnia yang dianugerahkan-NYA kepadamu …
dan jangan pula cepat marah
kepada orang yang telah menyakiti hatimu …
dan jangan pula engkau bermegah kerana kejayaanmu …
dan jangan pula menepuk dada
menyombongkan ilmu pengetahuanmu ***

*** Waspadalah …
jangan terperdaya terhadap kurnia-KU …
dan jangan putus harapan kerana ujian-KU …
dan jangan jinak bermanja dengan sesuatu selain-KU ***

*** Laksanakan sahaja apa yang telah menjadi perintah-KU
tanpa menoleh kebelakang …
halmu yang demikian itu sama dengan malaikat-KU
yang berkemahuan teguh ***

*** Apabila engkau berlengah-lengah
menanti perintah-KU sementara engkau sudah mengetahui …
maka hal yang demikian itu
terang-terangan engkau melanggar perintah-KU ***

*** *** ***

 

Tinggalkan komen